Monday 31 August 2015

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RBT Tahun 4

Bahagian B

Secara berkumpulan (2 atau 3 orang satu kumpulan), sediakan satu rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan tajuk dalam Standard Kurikulum RBT (Kemahiran Sekolah Rendah). Rancangan pengajaran harian tersebut perlu mengandungi sekurang-kurangnya satu kaedah atau teknik yang telah dipilih dan bahan/alat bantu mengajar dalam bentuk sama ada “MS Power point”, laman web, Blog atau aplikasi teknologi lain yang mengandungi elemen audio dan video atau ada unsur interaktif.


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP


Tarikh                            : 1 September 2015
Masa                              : 8.40 pagi – 9.40 pagi
Tahun                            : 4 Budiman
Bilangan murid               : 30 orang
Matapelajaran                : Kemahiran Hidup
Tajuk                              : 6.0 Sains Rumah Tangga
Standard Kandungan     : 6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan
Standard Pembelajaran : 6.1.4 Mengenalpasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan silang pangkah, sembat, jelujur kasar dan jelujur halus

Objektif Pembelajaran    : Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan.
2. Menyatakan kegunaan alatan dan bahan jahitan.
3. Menyatakan jenis mata jahitan tangan.
4. Menyatakan kegunaan mata jahitan tangan.

Aktiviti  Pembelajaran  : 1. Murid berbincang dengan guru tentang jenis alatan dan bahan jahitan yang biasa digunakan.
2. Murid diterangkan oleh guru mengenai kegunaan alatan dan bahan jahitan.
3. Murid diterangkan oleh guru tentang mata jahitan asas serta kegunaannya.

Elemen merentas kurikulum : 1. Keusahawanan : (EK3) – berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan
2. Kreativiti dan inovasi – boleh menjana idea
3. Nilai murni – Mensyukuri dan mengagungi nikmat tuhan, saling menyayangi, bekerjasama, bertanggungjawab

Penilaian P&P                       : 1. Murid membuat amali jahitan mata jahitan melalui papan ”Eksplorasi Jahitan” yang disediakan oleh guru
2. Murid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru.
3. Murid menyatakan kegunaan mata jahitan tangan yang dipelajari.

Pengetahuan sedia ada ,     : 1. Murid mempunyai pengetahuan asas berkenaan jahitan.
2. Murid mengenal beberapa alatan dan bahan jahitan.

Elemen-elemen Bestari:

Strategi Pembelajaran         : Berpusatkan murid, berpusatkan guru, berpusatkan bahan

Teknik pengajaran               : Penyoalan, Perbincangan, Demonstrasi, Simulasi, Koperatif

Bahan bantu mengajar        : Power Point, klip video, latihan amali, laman web

Alat bantu mengajar            : LCD, komputer














Fasa dan masa
Isi Kandungan dan cadangan aktiviti
Cadangan komunikasi
Catatan
Set Induksi

(5 Minit)
1. Pengenalan

a. Murid diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang alatan dan bahan jahitan.




b. Guru bertanyakan tentang pengalaman murid sama ada mereka mempunyai pengalaman baju terkoyak dan bagaimana ia dibaiki.





c. Guru mengaitkan jawapan murid dengan unsur keselamatan dan kasih sayang.



d. Memberi pendedahan kepada murid mengenai tajuk jahitan.




i. Adakah kamu tahu tentang jahitan?

ii. Apakah yang digunakan untuk menjahit?


i. Semasa kamu berlari ketika bermain di padang, tiba-tiba kamu terjatuh kerana tersepak batu. Apakah yang terjadi kepada pakaian kamu?

ii. Apakah yang dilakukan terhadap pakaian tersebut?


i. Oleh itu, kamu perlu sentiasa menjaga keselamatan diri dan sayangi harta benda termasuklah pakaian kamu.


Strategi Pembelajaran: Berpusatkan guru.

Teknik pengajaran :
Penyoalan

ABM : Laptop, LCD

BBM : Slide power point

Nilai : Kasih sayang

Langkah 1

(15 Minit)

2. Penerangan alatan dan bahan jahitan serta kegunaannya.

a. Guru menayangkan tayangan berkenaan alatan dan bahan jahitan.


b. Murid dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil dan diminta melukis dan menamakan hanya satu alatan jahitan pada kertas A4 kosong.





c. Setiap kumpulan membentangkan hasil lukisan dan murid bersoal jawab tentang kegunaan setiap peralatan yang dibincangkan.




i. Sebutkan nama setiap alatan dan bahan jahitan tersebut.



i. Bentuk sebuah kumpulan yang mengandungi 3 orang ahli.

ii. Setiap kumpulan perlu lukis satu alatan atau bahan jahitan.

iii. Namakan alatan atau bahan jahitan yang kamu lukis.


i. Apakah kegunaan alatan ini?

Strategi pembelajaran : Berpusatkan murid

Teknik pengajaran :
Penyoalan, Simulasi, Koperatif

ABM : Laptop, LCD

BBM : Slide power point

Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur,

EMK : Kreativiti dan inovasi
Keusahawanan : (EK3) – berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan




Langkah 2
(25 Minit)
3. Memperkenalkan mata jahitan asas
a. Guru membuat demonstrasi cara menjahit mata jahitan melalui tayangan power point
- Jahitan jelujur kasar
- Jahitan jelujur halus
- Jahitan silang pangkah
-Jahitan sembat


b. Murid menjalankan ”Eksplorasi Jahitan”.

i. Murid diberi sekeping papan ”Eksplorasi Jahitan” yang mengandungi peta harta karun.









ii. Setiap hentian memerlukan murid menjalankan aktiviti menjahit mata jahitan tertentu.



i. Jenis-jenis mata jahitan yang akan dipelajari ialah:
- Jahitan jelujur kasar
- Jahitan jelujur halus
- Jahitan silang pangkah
-Jahitan sembat


























i. Wakil setiap kumpulan diminta mengambil papan ”Eksplorasi Jahitan” yang mengandungi peta harta karun.


ii. Terdapat 4 hentian dalam peta harta karun. Lengkapkan setiap tugasan.Jalankan aktiviti menjahit mata jahitan mengikut arahan di belakang papan ”Eksplorasi Jahitan”


Strategi pembelajaran : Berpusatkan guru
Berpusatkan murid

Teknik pembelajaran : Demonstrasi
Simulasi
Koperatif

ABM : Laptop, LCD

BBM : Slide power point

Nilai : Bekerjasama, bertolak ansur, bertanggungjawab

EMK : Kreativiti dan inovasi
Keusahawanan : (EK3) – berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan

Langkah 3
(10 Minit)

4. Penerangan kegunaan jahitan asas.
a. Guru menerangkan kegunaan mata jahitan asas untuk membaiki pakaian melalui tayangan power point.
i. Jahitan jelujur kasar
- jahitan sementara
- untuk menetapkan 2 atau lebih lapisan fabrik

ii. Jahitan jelujur halus
- untuk menetapkan 2 atau lebih lapisan fabrik
- sebagai jahitan hiasan

iii. Jahitan silang pangkah
- jahitan pengemas untuk menetapkan kelepet, lipatan atau mengemas tepi kain.

iv. Jahitan sembat
-untuk kekalkan lipatan atau kelepet



i. Sebutkan jenis-jenis mata jahitan yang dipelajari.

ii. Apakah kegunaan jahitan jelujur kasar, jahitan jelujur halus, jahitan silang pangkah dan jahitan sembat?

Strategi pembelajaran :
Berpusatkan guru

Teknik pembelajaran : Perbincangan Penyoalan

ABM : Laptop, LCD

BBM : Slide power point

Nilai : Hormat-menghormati
Bertolak ansur

EMK : Kreativiti dan inovasi

Penutup
(5 Minit)
5. Rumusan isi pelajaran.

a. Murid disoal secara rawak tentang 3 jenis alatan dan bahan jahitan serta satu kegunaannya setiap satu alatan.



b. Murid disoal secara rawak tentang 2 jenis mata jahitan asas serta satu kegunaannya setiap satu.



c. Murid diberi lembaran kerja untuk pengukuhan.


i. Apakah 3 jenis alatan dan bahan jahitan yang kamu pelajari?

ii. Nyatakan kegunaan bagi alatan dan bahan jahitan yang telah dinyatakan.

i. Apakah 2 jenis mata jahitan asas yang telah kami pelajari?

ii. Nyatakan kegunaan bagi mata jahitan yang telah dinyatakan.


i. Lengkapkan lembaran kerja yang diperoleh
Strategi pembelajaran :
Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan

BBM : Lembaran kerja
Modul Pengajaran RBT Tahun 4






ALAT BANTU MENGAJAR








BAHAN JAHITAN


FABRIK 



BENANG 




JENIS JAHITAN




CONTOH JENIS MATA JAHITAN : 
  • Jahitan Kia 
  • Jahitan Jelujur Halus
  • Jahitan Jelujur Kasar 
  • Jahitan Sembat 
  • Jahitan Silang Pangkah 


JAHITAN KIA :

Kegunaan - 1. Untuk memula dan mematikan jahitan. 
                    2. Untuk menggantikan jahitan mesin. 
                    3. Sebagai jahitan hiasan. 
                    4. Mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.

Langkah Menjahit : 
1) Masukkan jarum dari A terus ke B dengan jarak 4 mm.

2) Tarik jarum dan tinggalkan hujung benang 30 mm
3.Ulangi proses menjahit dari A ke B dan sekali lagi.


4. Kemudian masukkan jarum dari A ke C dengan jarak 4 mm dari B. 
Tarik jarum. Undur semula jarum ke B dan cucuk jarum ke D pula. 




5.Ulangi proses menjahit hingga siap.



6. Matikan jahitan dengan jahitan kia dan gunting
 kedud-dua hujung benang hingga tinggal 5mm.






JAHITAN JELUJUR KASAR :  


Kegunaan - 1. Untuk mencantum 2 atau lebih kepingan fabrik. 
                    2. Sebagai jahitan hiasan.


Langkah menjahit : 


1. Mula menjahit dengan jahitan kia. 


2. Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 10mm hingga 15mm. 




3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap. 



4. Matikan jahitan dengan jahitan kia.



JAHITAN JELUJUR HALUS : 


Kegunaan - 1. Untuk mencantum 2 atau lebih kepingan fabrik. 
                    2. Sebagai jahitan hiasan.


Langkah menjahit : 


1.Mula menjahit dengan jahitan kia.

2.Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 3 mm hingga 4 mm. 


3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap.

 4. Gunakan hujung mata jarum semasa menjahit. 


5. Matikan jahitan dengan jahitan kia.



JAHITAN SILANG PANGKAH : 


Kegunaan - 1. Jahitan Pengemas untuk menetapkan kelepet lipatan atau mengemas tepi kain 

 Langkah menjahit : 


1) Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan jahitan kia.
Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm



2) Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
Matikan dengan jahitan kia.




JAHITAN SEMBAT : 


Kegunaan -  Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.

                    Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
                    Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju                       kurung.
                    Berikut adalah langkah jahitan sembat:



1) Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Cucuk jarum pada A, 
keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.


2) Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.




ALATAN JAHITAN



GUNTING KERTAS 

Menggunting kertas atau pola 


GUNTING KAIN

Menggunting fabrik sahaja 


PEMBARIS LURUS 

Mengukur, menanda dan membuat garisan pada pola.




PITA UKUR 

Mengukur fabrik 
Mengambil ukuran badan 


RODA SURIH

Memindahkan tanda pola ke fabrik



KERTAS KARBON

Memindahkan tanda pola, garisan dan motif ke fabrik dengan menggunakan roda surih.


PERETAS JAHITAN 

Meretas dan menanggalkan mata jahitan.
Memotong lubang butang 


JARUM PENITI

Menyemat pola pada fabrik. 
Menyemat kepingan fabrik sebelum menjahit jelujur.




JARUM JAHIT TANGAN 

Menjahit fabrik dengan jahitan tangan.



KAPUR TUKANG JAHIT 

Menanda pada fabrik.