Monday 31 August 2015

JENIS JAHITAN




CONTOH JENIS MATA JAHITAN : 
  • Jahitan Kia 
  • Jahitan Jelujur Halus
  • Jahitan Jelujur Kasar 
  • Jahitan Sembat 
  • Jahitan Silang Pangkah 


JAHITAN KIA :

Kegunaan - 1. Untuk memula dan mematikan jahitan. 
                    2. Untuk menggantikan jahitan mesin. 
                    3. Sebagai jahitan hiasan. 
                    4. Mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik.

Langkah Menjahit : 
1) Masukkan jarum dari A terus ke B dengan jarak 4 mm.

2) Tarik jarum dan tinggalkan hujung benang 30 mm
3.Ulangi proses menjahit dari A ke B dan sekali lagi.


4. Kemudian masukkan jarum dari A ke C dengan jarak 4 mm dari B. 
Tarik jarum. Undur semula jarum ke B dan cucuk jarum ke D pula. 




5.Ulangi proses menjahit hingga siap.



6. Matikan jahitan dengan jahitan kia dan gunting
 kedud-dua hujung benang hingga tinggal 5mm.






JAHITAN JELUJUR KASAR :  


Kegunaan - 1. Untuk mencantum 2 atau lebih kepingan fabrik. 
                    2. Sebagai jahitan hiasan.


Langkah menjahit : 


1. Mula menjahit dengan jahitan kia. 


2. Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 10mm hingga 15mm. 




3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap. 



4. Matikan jahitan dengan jahitan kia.



JAHITAN JELUJUR HALUS : 


Kegunaan - 1. Untuk mencantum 2 atau lebih kepingan fabrik. 
                    2. Sebagai jahitan hiasan.


Langkah menjahit : 


1.Mula menjahit dengan jahitan kia.

2.Terus menjahit dari A ke B dengan jarak yang sama antara 3 mm hingga 4 mm. 


3. Ulang langkah 2 dan jahit sehingga siap.

 4. Gunakan hujung mata jarum semasa menjahit. 


5. Matikan jahitan dengan jahitan kia.



JAHITAN SILANG PANGKAH : 


Kegunaan - 1. Jahitan Pengemas untuk menetapkan kelepet lipatan atau mengemas tepi kain 

 Langkah menjahit : 


1) Jahit dari kiri ke kanan.
Mulakan dengan jahitan kia.
Masukkan jarum pada A dan keluarkan pada B dengan jarak 1 mm



2) Masukkan jarum kedalam lipatan pada C dan keluarkan pada D dengan jarak 1mm.
Matikan dengan jahitan kia.




JAHITAN SEMBAT : 


Kegunaan -  Jahitan sembat biasanya digunakan untuk menetapkan kelepet.

                    Jahitan ini halus, rapat dan kukuh serta boleh dilihat dari sebelah luar pakaian.
                    Jahitan sembat juga biasanya digunakan untuk mengemaskan dan menjahit kelepet baju                       kurung.
                    Berikut adalah langkah jahitan sembat:



1) Mulakan jahitan dengan jahitan kia dari kanan ke kiri.
Cucuk jarum pada A, 
keluarkan jarum pada B dengan mencondongkan jarum lebih kurang 30°.


2) Jahit sehingga siap.
Matikan jahitan dengan jahitan kia.




No comments:

Post a Comment